Followers

July 17, 2011

Temuduga Tertutup Untuk Semua



Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.



KEKOSONGAN JAWATAN:
a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan a):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
*Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
*Anda tidak perlu bawa pingat.
*Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
*Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
*Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada
bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis
kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW:

Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar
suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di
sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada! sedekah,
silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada
jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya:
Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu
tentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian
kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:
Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.
Maka berkata malaikat:
Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:
Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah
yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu:
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan
semula di akhirat Insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.

Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya

Sekian.


Renung-renungkanlah dan sebar-sebarkan kepada sahabat handai. Semoga kita dikembalikan petunjuk ke jalan yang lurus dan benar. Amin... 
Posted on 6:28 PM / 0 comments / Read More

July 16, 2011

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian



Tanda-tanda kematian:

a) 100 hari :
Seluruh badan rasa bergegar.

b) 60 hari :
Pusat rasa bergerak-gerak.

c) 40 hari :
Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

d) 7 hari :
Mengidam makanan.

e) 5 hari :
Anak lidah bergerak-gerak.

f) 3 hari :
Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

g) 2 hari :
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

h) 1 hari :
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

i) Saat akhir :
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

Bila Malaikat Mencabut Nyawa

Baginda Rasullullah SAW bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


Sambung Rasullullah SAW lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang
disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingi nya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama. Wassallam.
Posted on 6:52 PM / 0 comments / Read More

June 28, 2011

Perodua Myvi kini semakin bagus! Syabas Perodua!


DUNIA automotif tempatan tidak lagi sama selepas Perodua Myvi diperkenalkan di pasaran pada 2005. Bertitik tolak daripada kejayaan pertama Kancil pada 1994, Kelisa dan Kenari pada awal tahun 2000, Perodua berjaya mengisi kekosongan yang selama ini ditinggalkan oleh segmen kereta murah yang ekonomikal. 

Segmen yang satu ketika dahulu dikuasai Proton telah dipecahkan monopolinya oleh Perodua. Myvi juga berjaya melonjakkan Perodua ke tempat teratas sebagai kereta paling laris, selain pengeluar yang menduduki tangga teratas jualan tertinggi dalam pasaran tempatan.

Tidak dinafikan bahawa kereta itu didatangkan dengan pakej kereta urban yang menjimatkan. Myvi dicipta untuk menjadi kereta yang praktikal, mudah dipandu dan diparkir, ergonomik, teknologi yang asas serta mudah diselenggara. 

Bagi sebuah negara yang mengadaptasi sistem bayaran balik sehingga sembilan tahun, sudah tentulah faktor nilai jualan balik menjadi isu pokok. Pembeli kereta pertama sudah tentu memikirkan nilai pasaran terpakai yang bagus. 

Justeru, Myvi ternyata satu pembelian yang selamat. Lihat sahaja nilainya di pasaran terpakai bagi model pertama tahun 2005. Tidak ada kereta yang mengalami kejatuhan minimum seperti Myvi.

Perodua dikenali kerana kualiti binaan Toyota-Daihatsu. Kereta yang dipasang di Sungai Choh, Rawang itu berkongsi platform dengan model gantian Daihatsu Boon yang baru sahaja diperkenalkan di pasaran Jepun pada tahun lalu. Ironiknya, Boon generasi kedua ini (atau ketiga jika dikira dengan model Storia) turut menggantikan Myvi tempatan. 

Berbeza dengan khabar angin yang bertiup kencang sebelum kehadiran gantian Myvi itu, asasnya, ia kekal dengan kapasiti enjin 1.3 dan namanya - Myvi. Sebenarnya saya melihat pengekalan nama pada model gantian adalah perlu dalam pasaran sekecil Malaysia agar sesuatu jenama dapat diperkukuhkan dan mudah diingati.


RUANG kargo boleh ditambah dengan hanya melipat sepenuhnya tempat duduk belakang.


Walaupun desas-desus bertiup kencang tentang gantian Myvi bakal menggunakan enjin 1.5 liter baru, Perodua mengambil keputusan mengekalkan konfigurasi enjin sedia ada. 

Enjin K3-VE berkapasiti 1.3 liter itu terbukti lasak dan ekonomikal sejak divariankan lama sebelum itu di Jepun. Enjin siri K3VE dibangunkan sejak tahun 2000 dan telah dipasangkan pada pelbagai model Toyota/Daihatsu seperti Terios (Kembara/Nautica), YRV, Storia dan Bb. Ia merupakan model gantian siri HC/HD seperti yang dipasang pada Daihatsu Ascend/Espri tempatan. 

Perbezaan ketara untuk Myvi baru adalah pengubahsuaian sistem stereng kuasa daripada jenis bermotor kepada berkuasa elektrik. Jika dilihat kepada mana-mana kereta urban moden hari ini, stereng kawalan elektrik lebih mesra pengguna menerusi sensor kelajuan. 

Pada posisi pegun, memusing stereng adalah lebih mudah. Sementara apabila kelajuan melebihi 40 kilometer sejam (km/j), alat pengesan (sensor) pada batang rak stereng akan memberatkan putaran, sekali gus menjadikan pemanduan lebih stabil.

Enjin Myvi baru itu sudah ditala semula untuk capai tahap ekonomikal yang lebih baik. Menurut Perodua, menerusi ujian dalaman mereka, versi manual mencatat perjalanan 17.5km bagi seliter (km/l) petrol, berbanding model lama iaitu 17.1km/l. Model automatik nampaknya lebih baik kerana mencatatkan jarak 14.6km/l berbanding 13.5km/l pada model lama.


ENJIN bersesaran 1.3 liter menjanjikan penggunaan bahan api lebih menjimatkan berbanding enjin berkapasiti sama sebelumnya.


Walaupun asas platform Myvi baru itu sama seperti sebelumnya, sistem suspensi dan pengendaliannya telah diperbaiki secara keseluruhan. Pada sesi uji pandu singkat yang dijalankan bulan lepas, pihak media berpeluang mengujinya. 

Apa yang dapat saya simpulkan, karektor pemanduannya tidak banyak berubah. Cuma suspensinya terasa lebih rigid terutamanya pada bahagian belakang. Tahap membuai yang sinonim dengan Myvi berjaya dikurangkan dengan menggunakan set suspensi yang lebih 'keras'.

Selain itu, konfigurasi dalaman dan luaran tidak banyak berubah. Beberapa penyesuaian ada dibuat. Ruang kepala direndahkan sedikit, sementara kelegaan kaki ditambah. Ruang but simpanan barang dan bahagian penumpang belakang masih tidak berubah. 

Bahagian luar menerima perubahan ketara dengan rekaan lampu yang kelihatan lebih 'tersenyum'. Susunan lampu belakang pula berjaya menjadikan kereta ini satu pakej yang lengkap. 

Jika anda amati pada model lama, penempatan lampu belakang kelihatan tergantung di posisinya. Jujurnya, saya suka rekabentuk lampu belakang Sirion/Boon versi Jepun yang lebih menyerlah dengan penggunaan kelongsong berbentuk bulat.


RUANG kabin Myvi yang mesra pengguna dan ergonomik.


Hari ini, pembeli melihat kereta urban daripada perspektif berbeza. Jadi tidak hairanlah jika Myvi terjual lebih 484,000 unit sejak dilancarkan, menang 11 anugerah sepanjang lima tahun dan terbukti rakyat Malaysia memang sukakan Myvi

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rasyid Salleh memberitahu pihaknya menyasarkan jualan Myvi sebanyak 8,000 hingga 8,500 unit sebulan.

“Sehingga kini, sebanyak 10,000 unit Myvi telah ditempah. Penghantaran Myvi baharu kepada para pelanggan bermula esok (Jumaat),” kata Aminar. 

Perodua juga sudah memulakan pengeksportan model sama ke Indonesia dengan menggunakan lencana Daihatsu Sirion. Penghantaran pertama itu melibatkan 500 unit Myvi.

Penggantian model baru adalah satu lagi berita gembira kepada bakal pembeli Myvi mahupun kereta subkompak secara keseluruhannya. Harga kereta ini bermula dari RM43,900 hingga RMRM57,400 bergantung pada varian sama ada Standard, Premium atau Elegance.

Posted on 1:45 AM / 0 comments / Read More

Misteri Kerajaan Langit Di Kaki Langit


SALAH satu imej ganjil yang menunjukkan beberapa bangunan tinggi di kaki langit bandar Huanshan, China pada awal bulan ini

HUANSHAN - Beberapa imej bandar dilihat muncul di langit pada awal bulan ini di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kemunculan 'bandar hantu' di langit itu berlaku selepas hujan lebat dan suasana lembap berlaku di sepanjang Sungai Xin'an di bandar ini.

Imej pelbagai bentuk bangunan dan pokok itu menyebabkan beberapa pakar kebingungan kerana imej bandar yang diperlihatkan itu bukan refleksi imej yang terdapat di bandar ini.

Adalah dipercayai bahawa imej itu mungkin satu ilusi penglihatan yang berlaku akibat cuaca lembap.
-Sumber
 
Posted on 1:21 AM / 0 comments / Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2011. Permata Hati . All Rights Reserved