Followers

June 12, 2011

Justin Bieber Ditimpa Malang!


Kalau nama serupa

Memperkenalkan Encik Justin Bieber (35) darik Jacksonville Amerika Syarikat. Sejak penyanyi Justin Beiber menjadi kegilaan remaja wanita, pedophile gay dan orang tak ada taste in music seluruh dunia kehidupan Justin Bieber tua ini menjadi sungguh neraka

Kerana Justin Bieber si penyanyi, akaun Facebook Justin Bieber tua ini dipadam oleh pihak Facebook. JB tua dituduh membuka akaun selebriti palsu. JB tua langsung tidak diberikan notis tentang pemadaman akaun beliau

Tak cukup dengan itu telefon beliau juga kerap diganggu oleh peminat fanatik. Menurut JB tua, dalam dua jam biasanya belau menerima 50 pesanan suara! Kerana tak tahan beliau mendaftarkan nombor talefon beliau menggunakan nama isteri tercinta. Tapi ntah macam mana nombor baru itupun terpampang di website peminat Justin Bieber. Yang kelakar beliau jugak kadang kala menerima panggilan telefon dari artis lain yang menyangka beliau ialah Justin Bieber si penyanyi. Siap ada yang cakap " aku tak sabar nak kolaborasi dengan kamu JB!" LOL

Dalam sehari JB tua akan menerima 10 surat dari fans Justin Bieber. Bila ditanya apa perasaan beliau mempunyai nama yang sama dengan the latest pop sensation, JB tua bercakap

"Sebenarnya tak lah teruk sangat. Tapi saya kesian dengan peminat yang penat hantar surat tapi last-last dapat kat saya. Surat itu tak akan dapat dibaca Justin Bieber sebenar. Kadang kala saya juga berharap dalam surat itu ada cek untuk Justin Bieber!"

Beliau juga sempat menambah

"Ada satu benda yang positif lepas Justin Bieber menjadi famous. Orang ramai dah tahu cara betul menyebut nama saya. Dulu orang asik sebut BYBER but BIEBER"



2 comments:

paiz said...

ahahha kesian dier.. takkan dier sorang je name same, mesti ader ramai lg justin bieber.. ape2 pun justin bieber xla best sgt.. hehehe

Nomad said...

Aku pon xminat budak bibir ni..
hahaha..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2011. Permata Hati . All Rights Reserved